Monday, February 7, 2011

Obstacles and Types of Media in Islamic Communication.

Assalamualaikum! Haa..Setelah bercuti selama seminggu, otak pon dah nak beku ni. Meh kita cair kan sikit sel2 otak kita dgn cerita pasal Jenis dan Halangan dalam komunikasi Islam dalam bahasa omputihnya TYPES AND OBSTACLES bukan OCTOPUS ok? hahaha...

Let's begin with OBSTACLES dulu.. dalam dunia ni semua benda yang kita nak mesti ada halangan2 dia. Contohnya, macam kita nak shopping tapi takde duit. Haa tu kira halangan lah tuh. Lagi kalau kita nak pergi masjid, tiba2 takde transport pon dikira halangan jugak. So korang semua mesti dah faham kan apa maksud halangan ni. Senang je. Islam have thought us on how to discipline ourselves so that kita tak melakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T ketika berkomunikasi.

Kat sini saya letak only few of it (because ni je yang ada dalam buku ) :
  1. Mengutuk orang :
    •  As korang semua tau mengutuk ni berdosa but ye lah zaman sekarang ni dah jadi macam trend pulak kutuk2 orang ni. Budak kecik pon sekarang ni dah pandai mengutuk sebab ikut perangai parents diorang. Kan tak elok tu. Kita ni kalau nak kutuk orang kena lah cermin diri sendiri dulu. Kita ni bukannya sempurna sangat pon yang nak pi kutuk orang lain.


  2. Memperkecilkan orang lain :
    • Ha yang ni selalu jadi bila manusia dari dua dunia, darjat dan pangkat yang berbeza. Banyak lah saya dah dengar Si Pandai memperkecilkan Si Tak Berapa Pandai, yang Si Cantik bangga dengan diri sendiri dan suka memperkecilkan orang lain di sekelilingnya, yang Si Kaya memperlekehkan Si Miskin. Mereka semua ni sebenarnya lupa yang semua yang ada pada diri diorang tu hanya lah pinjaman daripada ALLAH. Semua benda tu tak kekal selamanya dengan kita.
  3. Membocorkan rahsia orang lain :
    • When someone share their secrets with us that's mean they trust us. Jadi bila kia bocorkan rahsia diorang , hilanglah segala kepercayaan yang ada itu. Bukan senang nak dapat kepercayaan dari orang so bila orang dah trust kat kita, share rahsia dengan kita , tak kisahlah rahsia baik ke buruk ke, just keep it to ourselves. Tok sah dok hingaq habaq mai kat semua orang.


  4. Mengumpat orang :
    • Kes ni sinonim dengan gelaran 'Mami Jarum'. Korang tau kan Mami Jarum tu apa. Ala yang dalam cerita Mami Jarum arahan Prof. Razak Mohaidin tu.Mami Jarum ni kerja dia mengumpat orang je. Tak kisah lah dia ada bukti ke takde bukti ke dia akan sebarkan cerita kat semua orang. Canang sini, canang sana. Tak berfaedah langsung!


  5. Memuji berlebihan :
    • Haha yang ni saya sendiri pon confuse jugak. Yelah kutuk salah puji salah mana satu yang betul kan? Tapi saya rasa bila kita puji someone tu lebih- lebih, nanti dia 'naik tanduk', macam over lah maksud dia. Bagi betis nak peha pulak kan? plus bila kita puji orang lebih2 kadang2 orang tu boleh jadi takbur.
  6. Bertengkar :
    • Bertengkar atau senang sebut gaduh. Masa saya sekolah agama dulu selalu budak2 lelaki main2 lepas tu gadoh then bertumbuk lah apa lah lepas tu ustaz pon datang. Ustaz kata "Tak baik bergaduh ni, sedangkan nabi pon menyuruh kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara baik". Ha tu ustaz saya cakap lah, saya ingat lagi. Bila saya fikir balik kan betul jugak. Yelah buat apa kita gaduh lah perang sini sana sedangkan benda tu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih profesional. Kalau gaduh pon buat sakit badan je, lebam lah patah lah. Menyusahkan orang lain pon ye jugak.


  7. Bercakap kotor, dan lain- lain lagi.

  • Maksudnya macam mencarut or cakap benda- benda yang lucah. Tapi nowadays budak sekarang ni dah jadi macam bahasa pasar diorang pulak mencarut2 ni. Kalau saya dulu, nak cakap 'bodoh' pon takut mak dengan ayah saya marah. Yelah nanti kena lempang or cubit mulut. Sakit woah!! Pada saya bila kita bercakap kotor ni dengan orang lain, orang tu akan anggap kita ni 'mulut lazer' or cakap main lepas je. Tak senonoh lah macam2 lagi. Itu akan menjadi salah satu sebab kenapa orang tak suka dengan kita. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA tau!


Now saya akan brief pulak pasal jenis- jenis media yang ada dalam komunikasi Islam. Ada banyak jenis media yang telah digunakan oleh para nabi dan rasul kita untuk menyebarkan Islam dan dakwah mereka. Kalau takde media pon susah jugak kita nak hidup kan. Malah ALLAH S.W.T sendiri telah turunkan Al -Quran yang merupakan salah satu media untuk memberi panduan kepada hambaNya supaya berada di landasan yang betul dan tidak terpesong.


 Ok jenis media dalam komunikasi Islam ni ada 7 iaitu :
  1. Al- Quran- Kitab yang boleh dikategorikan sebagai jenis media cetak yang memiliki banyak fungsi macam information, mendidik, social guidance, nasihat, memberi keyakinan dan banyak lagi.
  2. Jemaah atau organisasi- Media yang meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat Islam seperti, organisasi politik, sosial, pendidikan, kebajikan, agama(dakwah), sukan, rekreasi dan lain- lain.
  3. Lisan- Lisan ni paling banyak digunakan and sangat berkesan dalam menyampaikan macam- macam mesej. Contohnya, pidato, kuliah, disscussion, penerangan agama and banyak lagi.
  4. Tulisan- Tulisan merupakan media yang digunakan denagn meluas oleh semua lapisan masyarakat dan dalam pelbagai bidang kehidupan. Example, newspaper, majalah, poster, buletin, buku, surat dan macam-macam lagilah. Tulisan ni ada kelebihan dia because it is long- lasting, senang nak faham and cheaper.
  5. Lukisan atau gambar- Antara media yang paling tua digunakan dalam sejarah manusia and still working dan penggunaanya still meluas until today. Gambar or lukisan ni function dia macam kita dapat tengok cerita bergambar, peta, ukiran gambar, grafik, diagram, statistik and much more.
  6. Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat- Macam sign language lah. Ia mempunyai maknanya yang tersendiri. Contoh macam kita interact dengan orang pekak atau bisu.
  7. Audio or Visual- Nowadays these kind of media merupakan yang paling berkesan. It is because media macam ni lebih merangsang deria pendengaran and penglihatan secara serentak, plus it is more attractive.Contoh tv, filem, drama, sandiwara, teater, computer slide and yang sewaku dengannya.

0 comments:

Post a Comment