Monday, January 24, 2011

Method and principles in Islamic Communication

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh... wahhh tengok title macam complicated je  kan? haha
tapi sebenarnya tak ada lah susah mana pon. okay kat sini inyaallah saya akan terangkan macam mana bentuk-bentuk komunikasi islam dan prinsip- prinsipnya ( dari apa yang saya faham dari buku ) hehehe..Bentuk komunikasi islam ni sebenarnya ada banyak. Jom kita go through satu- satu.


  1. Hikmah : Hikmah adalah kebijaksanaan atau 'wisdom'. Maka bila sesorang tu mempunyai hikmah, dia akan bercakap dan bertindak dengan bijak berlandaskan kebenaran seperti yang dianjurkan dalam Al- Quran dan Al- Sunnah. Hikmah ada 3 aspek iaitu ;
    • Hikmah dalam erti mampu memilih waktu untuk berbicara dan berkomunikasi
    • Hikmah menguasai pemikiran dan jiwa masyarakat
    • Hikmah dalam berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi.
  2. Kemahiran Menyatakan Tidak : Ha? mesti korang tak faham kan? macam ni..dalam dunia ni ada certain people yang takut or tak reti say 'NO' to others because diorang takut diorang akan menyakitkan hati orang lain. So orang2 macam ni senang ditindas sebab ye lah ikut je kan apa orang lain cakap. Ha..memang senanglah nak 'pijak kepala' dia kan. Ini adalah antara ways of saying 'NO' dgn ringkas and spesifik dan sopan.
    • Pernyataan dan bukan pertanyaan 
    • Menggunakan yang sopan
    • Mencadangkan alternatif lain
    • Rujuk perkara berkenaan kepada orang lain
  3. Nasihat Yang Baik : Maksudnya membri peringatan, amaran, khabar berita, janji dan ancaman and in the same time menggambarkan kemarahan dan menolak kemungkaran. Nasihat dan tunjuk ajar juga boleh dilakukan dalam bentuk perintah dan arahan kepada orang- orang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W ;
    • "Bertaqwalah kepada Allah di mana juga kamu berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik supaya yang pertama terhapus. Dan berakhlaklah (berhubung) dengan manusia dengan akhlak yang baik." 
    • (Riwayat al - Tarmizi)
  4. Bermujadalah (berdebat) dengan cara yang baik.
Now kita akan pergi ke prinsip komunikasi dalam Islam pulak. Amalan ini telah dilakukan since zaman Rasulullah S.A.W  dan para sahabat baginda lagi dalam kehidupan dan ketika menyampaikan risalah. Prinsip ni kalau dibuat tapi tak diamalkan, tak guna jugak. It must strictly be follow by all Muslims. Ni adalah antaranya :
  1. Benar tapi hendaklah sesuai dengan kriterianya.
  2. Bercakap dengan lemah lembut
  3. Menggunakan perkataan yang baik- baik
  4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
  5. Menyesuaikan bahasa dengan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal pandangan
  6. Berbahas dengan cara yang lebih baik
  7. Menyebut perkara yang penting berulang- ulang kali
  8. Mengotakan apa yang dikatakan.
Based from apa yang saya discover sekarang, nowadays prinsip2 ni dah jarang dipratikkan. Mungkin ada orang yang still mengikutinya but susah nak jumpa. Benar? zaman ni semua orang menipu... Soft spoken and use proper words? Ni lagi lah..kes bos maki staff lah.. kes anak herdik parents lah..terlalu banyak sekarang. Mengotakan apa yang dikatakan ? hahaha yang ni boleh kata orang sekrang ni ramai yang 'cakap tak serupa bikin'. Propa je lebih ... tapi buatnya idok!! Hurmm...ntahlah apa nak jadi dengan umat Islam kita sekarang ni..Bila difikirkan takutnya lah nnt masa hari Kiamat. 

SATU JE SAYA NAK INGAT KAN , KITA NI MANUSIA AKHIR ZAMAN. JADI BANYAK KAN LAH BERAMAL SUPAYA SENANG DI HARI KIAMAT NANTI...

Sunday, January 23, 2011

islamic quotes.

Assalamualaikum...Haaaa dah lama dah saya tak update blog ni.
maklum lah badan tak berapa nak sihat lately ni. Ye lah sekarang ni musim demam lah selsema lah. Cuaca pon kejap okay kejap tak okay. Tapi dalam pada masa saya tak berapa sihat tu saya masih ada carik bahan yang nak di letakkan kat blog ni. So saya jumpa Islamic sayings and teaching ni dan di share kan dgn awak2 semua. ha ni lah dia :

1.    If you commit a sin, say “Astaghfir-ullah (I ask Allah for forgiveness).”

If you are given a blessing, say, “Al-Hamdu-Lillaah (praise be to Allah).”

If some disaster befalls you, say, “Innaa Lillaahi wa innaa ilayhi raaji’oon (Truly, to Allah we belong and truly, to Him we shall return).”

Seek rizq (provision) by giving charity

“Give food to others and say what’s good.”

“Seek a response to du’aa’s when the iqaamah for prayer is given and when rain is falling.”

“Worship Allah as if you see Him.”

“Pay the hired worker his wages before his sweat dries.”

2.    “Do not betray the one who betrays you.” 

“Pray to Allah and be confident of a response.” 

“Cheer people up, do not put them down.” 

“Make things easy for people, not difficult.” 

“Eat with your right hand and eat from what is in front of you.” 

“If Allah gives you wealth, let the blessing of Allah be seen on you.” 

“If someone who is distinguished among his own people comes to you, then honor him.”

3.    “Obey Allah and Allah will reward you.”

“If you are shameless, you would do as you wish.” 

“Make sure your food is good (halaal and bought with halaal earnings), and you will be one whose prayers are answered.” 

“Fear Allah wherever you may be.” 

“Follow up a bad deed with a good deed, to waive it out.” 

“Mix with people with a good attitude.”
To conclude do the amar makruf nahi mungkar. Then u'll get bless from Allah S.W.T Insyaallah...Let's just pray for i.

Monday, January 17, 2011

komunikasi islam, sumbernya dari mana?

Dalam dunia ni semua benda datang daripada sumber.Kalau tak ada sumber maka tak ada lah sesuatu benda. Contohnya, pokok. Pokok datang daripada sumbernya iaitu biji benih. Kalau tak ada benih mana boleh pokok tu tumbuh sesuka hati kan? Haha. Sama lah jugak prosesnya dengan komunikasi. 

Macam yang kita semua tahu, komunikasi ni adalah cara untuk kita share, inform, persuade orang lain tentang sesuatu benda. Tapi dalam islam communication ni ada limitnya. Allah sendiri telah turunkan dalam Al- Quran supaya kita jangan cakap benda- benda yan tak elok such as memfitnah, mengumpat, menjatuhkan maruah dan mengaibkan orang lain. Cakap pasal benda yang tak berfaedah macam orang indon kata "omong kosong" or in malay nya perbualan yang membuang masa ni pon tak payah.Useles.

Berbalik kepada main topik kita, komunikasi dalam islam ni harus lah ada dia punya sumber- sumber yang tersendiri. Kalau tak mesti mulut orang islam ni 'lazer- lazer' and celupar belaka.Sebab tak tau mana yang boleh dijadikan topik perbualan dengan yang tak boleh. Al- Quran Nur Karim adalah sumber yang first sekali menjadi rujukan kepada semua umat islam tentang isu komunikasi ni. Bukan pasal komunikasi je, semua benda yang kita curious nak tahu ada dalam Al- Quran. Jadi kalau nak tahu kena lah rajin - rajin baca Al- Quran ye. Haha


Salah satu ayat Al- Quran tentang komunikasi.
"Kamu semua adalah sebaik- baik umat yang di utuskan kepada manusia dengan mengajak manusia supaya berbuat ma'ruf dan mecegah kemungkaran".
(ali- Imran : 110)

Next is al- Sunnah sebagai Amali or praktikal or model operasi and last sekali adalah ijtihad, qias dan ijmak para ulamak yang merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.A.W. Islamic communication ni bersifat universal and memang coverlah dari semua aspek kehidupan kita sebagai umat Islam.

So kepada saudara and saudari seIslam saya ni, jagalah bahasa and cara kita communicate dgn orang lain.
 'Bahasa menunjukkan bangsa'. Jangan nak main 'sembur' je orang lain. Allah S.W.T tak suka and berdosa pulak tu. Pandai- pandai lah ye... Sekian, assalamualaikum.

Wednesday, January 12, 2011

Pengertian & Matlamat Komunikasi Islam

Assalamuaikum.Hehe.Hari ni za nak explain dekat korang apa itu maksud dan matlamat komunikasi dalam islam? Kenapa za pilih topik ni? Sebabnya ustaz kelas za sendiri kasi topik ni kat kitorang. So kitorang kena lah ikut. Okay mula- mula za akan bagi tau apa itu komunikasi? dari segi maksud atau ertinya dan apa matlamat- matlamatnya.

Komunikasi ni ada macam- macam maksud daripada ramai orang, tapi semuanya lebih kurang sama je. Perkataan 'komunikasi' ni sebenarnya berasal dari perkataan Yunani iaitu 'communicare', yang bererti menjadikan sesuau milik bersama.Contohnya macam maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan yang boleh dikongsi antara satu sama lain.

In English mesti lah kita tau komunikasi tu 'communication' kan sebab bunyik dia pon lebih kurang sama je dengan dalam Bahasa, tapi dlm bahasa arab  ( Al-Quran ), ia disebut dengan istilah 'ittisal' bermaksud sampaikan atau 'wasola' iaitu sebutan asal kepada ittisal. Di dalam Al- Quran juga terkandung bahawa komunikasi merupakan salah satu perkara fitrah manusia dan hadis- hadis Rasulullah turut menggambarkan maksud komunikasi atau menerangkan aktiviti komunikasi antara satu sama lain. 

Berikut merupakan salah satu ayat Al- Quran mengenai komunikasi ;

  • " Sampaikanlah olehmu secara terang- terangan segala apa yang diperintahkan ( kepadamu ) dan   berpaling dari orang- orang yang musyrik ".
(   Al - Faj : 94 )
Sabda Rasulullah S.A.W :
  • " Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau lebih baik diam. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya ".
( Bukhari, Muslim )

Selain daripada mempunyai banyak maksud, komunikasi jugak terdiri daripada macam- macam matlamat. Bagi dalam Islam, matlamat komunikasi ada 9. Banyakkan ?? Haaa. Mari lihat apa dia matlamat- matlamat tersebut.

  1. Memberitahu 
  2. Menerangkan 
  3. Memberi kefahaman
  4. Memberi ilmu
  5. Memberi petunjuk
  6. Menyeru kepada kebajikan
  7. Mengurus pemerintahan dan pentadbiran ( Memerintah dan Mentadbir ).
  8. Memberi hikmah
  9. Menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan
So, konklusinya...komunikasi dalam Islam ni bersifat menyeluruh dan melibatkan berbagai aktiviti dalam kehidupan kita. Semua metode yang digunakan dalam komunikasi Islam  adalah berlandaskan kepada panduan dan ajaran yang telah ditetapkan oleh Al- Quran, As- Sunnah Rasulullah S.A.W dan ijtihad para ulamak.


Sunday, January 9, 2011

nilai Islam di mata umatnya.

assalamualaikum. hye semua. hari ni za nak bincang pasal isu murtad.because tadi ada terbaca pasal isu murtad and lupa agama ni. Erm .. walaupun za ni bukan lah tinggi mana ilmu pasal benda- benda ni tapi za teringin nak mempersuarakan hak za sebagai seorang saudara semuslim.za tengok lately banyak orang yang beragama islam dah murtad. ada jugak yang nama je islam tapi perangai dan cara diorang berfikir mengalahkan bangsa- bangsa lain. macam- macam lah kes sekarang ni kita boleh tengok . 


ini adalah beberapa contoh kes murtad di Malaysia kita ni. kes ini adalah kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. 

Teruk sangat bila kita kaji balik kes- kes ni. Za rasa sedih bila tengok ramai remaja lain yang sebaya dengan za sekarang ni dah hilang arah, macam orang yang tiada agama. nak kata parents diorang tak ajar, tak boleh jugak sebab benda-benda ni za rasa main punca dia is budaya barat. lagi satu apa yang buat za tak faham adalah kenapa orang yang memang dah dilahirkan dalam islam sibuk sangat nak masuk agama lain sedangkan agama kita adalah agama yang paling mulia, sempurna dan senang. 

apa yang bagusnya kalau masuk agama lain?? kenapa kita nak memperagungkan agama dan budaya orang lain?? susah sangat ke nak ikut apa yang ALLAH suruh dan  jauhkan apa yang ALLAH larang?? ada sebabnya kenapa ALLAH tu tak kasi kita buat sesuatu benda macam contoh kenapa DIA tak kasi kita minum arak? sebabnanti kita boleh mabuk dan kita akan lupa diri, bila kita dah lupa diri atau senang kata khayal, orang lain akan take advantage kat kita, Lagi- lagi yang perempuan. Haa.. nnt lepas tu adalah yang sedar-sedar dah hilang dara lah, sampai negara lain lah, macam- macam.

and bukannya islam larang kita untuk bergembira atau apa- apa, cuma adalah batasnya. bagi za kita kena sedar siapa kita and always ingat asal kita. kalau tak ada ALLAH kita ni takkan hidup and kalau tak ada agama Islam bukan setakat orang yang kat palestin tu je perang, satu dunia ni akan huru-hara.haaaa... cuba bayangkan. Bak kata mama, dunia ni sementara je yang kekal dekat akhirat nanti.INSAF LAH WAHAI SAUDARA- SAUDARI KU.


Saturday, January 8, 2011

Hehe

Hye again! Now i think i have done changing my templates. Sebab nak customize sendiri tak reti, so saya carik yang dah siap then tinggal nak paste je. To be honest, memang payah nak buat blog ni, i mean to made a fancy one. Haha. So disebabkan saya buat blog ni pon pada awal tahun 2011 ni , jadinya i will make it as my new hobby and diary. It's kindda interesting when saya can share eveything that i want with the whole world. I' very excited!! Tapi i'm still new here so saya perlukan tunjuk ajar. Yang mana tak betul tu sila2 lah tegor ye. Hehe ARIGATO KOZAIMASU!

4.15 a.m , 9th January 2011

HELLO! Assalamualaikum.
This is my first time guna blog2 ni. Memang tak faham habis lah nak buat benda alah ni. Tapi i want to try to sampai dapat. Hopefully nanti semunya jadi okay lah. Hahaha. Sekarang ni i am still searching how to make my blog cantik macam orang lain. Tengok diorang punya semua fancy2. Nak buat tak reti. Maklumlah saya ni buta IT. okay. until then. Bye!