Monday, January 24, 2011

Method and principles in Islamic Communication

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh... wahhh tengok title macam complicated je  kan? haha
tapi sebenarnya tak ada lah susah mana pon. okay kat sini inyaallah saya akan terangkan macam mana bentuk-bentuk komunikasi islam dan prinsip- prinsipnya ( dari apa yang saya faham dari buku ) hehehe..Bentuk komunikasi islam ni sebenarnya ada banyak. Jom kita go through satu- satu.


  1. Hikmah : Hikmah adalah kebijaksanaan atau 'wisdom'. Maka bila sesorang tu mempunyai hikmah, dia akan bercakap dan bertindak dengan bijak berlandaskan kebenaran seperti yang dianjurkan dalam Al- Quran dan Al- Sunnah. Hikmah ada 3 aspek iaitu ;
    • Hikmah dalam erti mampu memilih waktu untuk berbicara dan berkomunikasi
    • Hikmah menguasai pemikiran dan jiwa masyarakat
    • Hikmah dalam berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi.
  2. Kemahiran Menyatakan Tidak : Ha? mesti korang tak faham kan? macam ni..dalam dunia ni ada certain people yang takut or tak reti say 'NO' to others because diorang takut diorang akan menyakitkan hati orang lain. So orang2 macam ni senang ditindas sebab ye lah ikut je kan apa orang lain cakap. Ha..memang senanglah nak 'pijak kepala' dia kan. Ini adalah antara ways of saying 'NO' dgn ringkas and spesifik dan sopan.
    • Pernyataan dan bukan pertanyaan 
    • Menggunakan yang sopan
    • Mencadangkan alternatif lain
    • Rujuk perkara berkenaan kepada orang lain
  3. Nasihat Yang Baik : Maksudnya membri peringatan, amaran, khabar berita, janji dan ancaman and in the same time menggambarkan kemarahan dan menolak kemungkaran. Nasihat dan tunjuk ajar juga boleh dilakukan dalam bentuk perintah dan arahan kepada orang- orang mukmin sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W ;
    • "Bertaqwalah kepada Allah di mana juga kamu berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik supaya yang pertama terhapus. Dan berakhlaklah (berhubung) dengan manusia dengan akhlak yang baik." 
    • (Riwayat al - Tarmizi)
  4. Bermujadalah (berdebat) dengan cara yang baik.
Now kita akan pergi ke prinsip komunikasi dalam Islam pulak. Amalan ini telah dilakukan since zaman Rasulullah S.A.W  dan para sahabat baginda lagi dalam kehidupan dan ketika menyampaikan risalah. Prinsip ni kalau dibuat tapi tak diamalkan, tak guna jugak. It must strictly be follow by all Muslims. Ni adalah antaranya :
  1. Benar tapi hendaklah sesuai dengan kriterianya.
  2. Bercakap dengan lemah lembut
  3. Menggunakan perkataan yang baik- baik
  4. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik
  5. Menyesuaikan bahasa dengan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal pandangan
  6. Berbahas dengan cara yang lebih baik
  7. Menyebut perkara yang penting berulang- ulang kali
  8. Mengotakan apa yang dikatakan.
Based from apa yang saya discover sekarang, nowadays prinsip2 ni dah jarang dipratikkan. Mungkin ada orang yang still mengikutinya but susah nak jumpa. Benar? zaman ni semua orang menipu... Soft spoken and use proper words? Ni lagi lah..kes bos maki staff lah.. kes anak herdik parents lah..terlalu banyak sekarang. Mengotakan apa yang dikatakan ? hahaha yang ni boleh kata orang sekrang ni ramai yang 'cakap tak serupa bikin'. Propa je lebih ... tapi buatnya idok!! Hurmm...ntahlah apa nak jadi dengan umat Islam kita sekarang ni..Bila difikirkan takutnya lah nnt masa hari Kiamat. 

SATU JE SAYA NAK INGAT KAN , KITA NI MANUSIA AKHIR ZAMAN. JADI BANYAK KAN LAH BERAMAL SUPAYA SENANG DI HARI KIAMAT NANTI...

3 comments:

Asri Alam

Subhanallah, sgt menakutkan bila difikirkan keadaan masa tu. golongan yg beriman akan tenang menghadapi masa pengadilan.

aku sokong usaha di sini. aku datang follow back

za shahrel

thanx =)

Unknown

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Post a Comment