Monday, March 21, 2011

Apa effect bila dah salah guna media?


Terdapat banyak kesan akibat daripada penyalahgunaan media terhadap masyarakat hari ini dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu televisyen, internet dan juga radio. 

Televisyen. 
- Televisyen merupakan media elektronik yang paling terkenal di dunia. Semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, bukan sahaja anak-anak kecil tetapi juga yang sudah tua. Apa yang ingin disampaikan disini ialah pengisi di televisyen tersebut hendak lah mengikut apa yang telah di hadkan. Sebagai contoh setiap cerita yang hendak disiarkan di televisyen hendak lah ditapis dahulu babak-babak yang tidak dikehendaki atau pun yang tidak bersesuaian dengan umur. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih merasa bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif seperti itu dan mengamalkannya di dunia luar. Hal ini juga boleh membuatkan gejala sosial di luar dan jenayah semakin meningkat. 

Internet. 
- Internet pula merupakan penggunaan teknologi yang paling terkenal pada abad ini kerana segala maklumat yang kita mahukan boleh didapati di internet. Internet juga adalah penyampai maklumat yang paling pantas. Contohnya seperti cerita-cerita sensasi, isu-isu panas pada masa kini boleh didapati dengan begitu cepat sekali malah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini boleh didapati di dalam internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan adalah pihak-pihak yang menyalahgunakan kerperluan internet yang serba mudah dan cepat ini dengan nafsu dan hasad dengki. Ramai remaja sekarang menyalahgunakan internet dengan melayari laman web lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Ada juga yang berjudi melalui internet. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan manfaat melalui internet ini, tidak kurang juga hebatnya dari aspek yang negatif. 

Radio. 
- Radio merupakan penyampai antara media dan masyarakat. Segala cerita yang berlaku akan disampaikan oleh penyampai radio pada hari tersebut tetapi hendak lah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Segala maklumat yang perlu disampaikan hendak lah difahami oleh semua lapisan umur. Sikap yang ditonjolkan oleh penyampai radio juga harus dititik beratkan. 

Sebagai orang yang cekap dan mahir dalam penggunaan media ini, kita patut sedar bahawa media merupakan dakwah yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Apabila mendapati maklumat yang disampaikan itu tidak benar, maka masyarakat pun menerima maklumat yang tidak benar. Segala kebenaran yang di sampaikan oleh pihak media hendak lah diberikan penekanan kerana masyarakat pada hari ini sangat bergantung kepada media. Mereka akan mencari media untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia hari ini

Wednesday, March 16, 2011

Islamic Communication Ethics

Perkataan etika ni sebenarnya berasal dari perkataan yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat. Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam bidang moral dan  diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci, memalukan, bertanggungjawab dan banyak lagi lah. Etika ni jugak merupakan satu penyelidikan falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk. Shortly, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup manusia [Abd Latif, 157].

So Islamic communication pon ada ethics dia jugak yang terdiri daripada: 


  • Pertama: qaulan sadida (al- Nisa' : 9), yang bermaksud pesan harus jujur and benar. Senang cerita segala apa yang kita sampaikan dekat orang lain haruslah jujur dan benar without di tokok tambah sdengan idea sendiri.
  • Kedua: qaulan ma'rufa (al- Nisa' : 5) iaitu menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.
  • Ketiga: qaulan baligha (al- Nisa' : 63). Makna dia informasi yang disampaikan kepada public mestilah guna ayat2 yang boleh meninggalkan kesan kepada jiwa seseorang. Sebab nya kata2 ni lah alat semula jadi yang paling bagi effect yang mendalan.
  • Keempat: qaulan maisura (al- Isra' : 28) bermaksud information yang disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.
  • Kelima: qaulan karima (al- Isra' : 23) meaning dia informasi have to be words yang mulia. Ini termasuklah menjauhkan diri daripada mengumpat, mengeji, membuat, membuat fitnah, mengadu domba, bongkak, sombong dan takbur.
So to conclude bila all this 5 ethics dijadikan guideline dalam berkomunikasi, it would avoid us from misinterpret maklumat and aberrations yang maybe could destroy our cultures and countries.

Tuesday, March 15, 2011

MEDIA. APA PERANAN MEREKA??

Salam..today za nak discuss pasal role of the media in menyebarkan dakwah Islam? yeke media ni boleh menybarkan dakwah? macam jarang je. ye lah because usually kita tgk orang spread kan cerita2 yang tak elok je through media ni.


ok menurut para sarjana komunikasi barat such as Schremm, Lasswell and Lerner, diorang ni telah mengemukakan banyak peranan yang dapat dimainkan oleh media massa dlm masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai : 
  • pemberitahu dan pengawal persekitaran
  • penggalak perbincangan dan pendorong perubahan
  • agen sosiolisasi serta penyalur budaya dan nilai
  • penghibur
akan tetapi dalam konteks komunikasi Islam, peranan media haruslah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri dan ia tertumpu kepada 5 aspek penting which is :
  1. menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai
  2. memprtahankan isu- isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untukk menangkis serangan media Barat serta meleahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasran dan perspektif Islam.
  5. menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.


okay nowadays mengikut data yang ada, dalam M'sia ni terdapat 46 jenis akhbar harian dan mingguan, 176 jenis majalah dalam berbagai bentuk, 18 stesen radio milik kerajaan and banyak lagi saluran tv milik kerajaan and swasta termasuk penggunaan parabola telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari sebahagian msyrkt. Generally, semua aliran media tu lebih bersifat komersial and kalau ada pon sikit je la yang diorang guna untuk berdakwah. Kalau dalam tv tu semua channel nak ada realiti tv show cari bakat ni cari bakat tu, baru2 ni je lah ada yang program Imam Muda and kalau in magazine pulak ada lah dalam 2 or 3 page, yang lain? gossip lah muzik lah novel cinta lah and banyak lagi. Hal macam ni maybe berlaku sebab orang Islam kat M'sia ni kurang memberi perhatian unuk menaja program agama atau menyumbang idea yang best dlm memberi program yang sesuai dengan selera umat Islam semasa.

Sepatutnya pada zaman IT or cyber ni lah orang Islam kena menerbitkan siaran agama, bagi pendedahan teknik pemuliharaan skrip pada ahli- ahli ilmu agama, bagi kursus2 agama kepada pengawal2 media, ambil ramai graduate students yang berkelulusan agama berkerja dlm organization media massa, melantik ramai lagi ilmuan Islam menjadi penerbit, ketua penyunting, ketua pengarang dan ketua bahagian dlm organisasi media supaya kita boleh berdakwah menerusi media2 yang telah disediakan.

Contoh yang paling senang hompej Islam yang sekarang ni dah dijadikan sebagai salah satu sistem maklumat Islam di M'sia kerana sistem ni banyak bagi manfaat kepada para muslimin dan muslimat. Antaranya :
  • dapat mengatasi salah faham msyrkt bukan Islam terhadap msyrkt Islam
  • boleh menjadi alat dan saluran bagi menyelesaikan berbagai masalah yang sering menimbulkan salah faham mengenai Islam dalam berbagai media.
  • memupuk dan menanam semngat keislaman sejati kepada dunia pemikiran umat Islam dan memupuk epistemologi tulen dikalangan umat Islam.
  • dapat memberi model msyrkt Islam di M'sia yang memberi layanan kpd msyrkt bukan Islam minoriti secara fair and square.
  • meningkatkan bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi di kalangan msyrkt Islam
  • mengembangkan pembangunan perdagangan dan ekonomi umat Islam tanpa percanggahan dengan prinsip Islam.


So to conclude umat Islam hendaklah segera grab peluang yang ada dlm era teknologi maklumat ni termasuklah internet untuk mengembangkan dan memperkenalkan Islam dengan lebih baik serta memperbaiki pemahaman terhadap teknologi maklumat dan media massa. 


Sunday, March 13, 2011

nak dakwah dgn teenganers? macam ni cara dia...

ok today za nak cite pasal macam mana nak dakwah yang paling senang dengan remaja? ye lah because nowadays kan kita dapat tgk yang teenagers macam kita ni nama je ada 'muhammad' dengan 'nur' tapi perangai tak meyerupai maksud nama2 tu langsung. nasib baik lah za ni boleh dikatakan ingat Allah lagi lah, insyallah tak jadi macam diorang yang lain tu. Kenapa diorang tu jadi macam tu? sebab nya budak2 zaman sekarang ni tak didedah kan dengan ajaran islam tu lah diorang macam tu. so let's see how Rasulullah kita setelkan masalah ni masa zaman dia dulu. mana tau kot2 ada yang boleh disesuaikan dgn peredaran zaman kita ni.


Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan." 
(HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih). 

SENI DAKWAH:

1.Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW berdoa untuknya: "Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah." Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya

2.Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), perlu: 

  •  Berdoa untuk masa depannya.
  •  Merancang masa depan mad’u sesuai dengan potensinya
  •  Memberi bimbingan yang berterusan.

3.Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad'unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng terhadap mad'u kecil, bahkan baginda mengambil berat  hal ehwal tarbiahnya.

4.Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad'unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiah.

5.Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL, bersentuhan dan bermesra dengan anak remaja. Baginda tidak merasai jurang generasi dengan golongan remaja.

6.Baginda mentarbiah remaja dengan silibus yang berpada, ringan tetapi berterusan - sepertimana kata baginda (yang bermaksud): "aku ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN".

7.Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai ketidaktentuan dan ketakutan baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.

8.Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda. Cagarannya ialah pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah