Tuesday, March 15, 2011

MEDIA. APA PERANAN MEREKA??

Salam..today za nak discuss pasal role of the media in menyebarkan dakwah Islam? yeke media ni boleh menybarkan dakwah? macam jarang je. ye lah because usually kita tgk orang spread kan cerita2 yang tak elok je through media ni.


ok menurut para sarjana komunikasi barat such as Schremm, Lasswell and Lerner, diorang ni telah mengemukakan banyak peranan yang dapat dimainkan oleh media massa dlm masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai : 
  • pemberitahu dan pengawal persekitaran
  • penggalak perbincangan dan pendorong perubahan
  • agen sosiolisasi serta penyalur budaya dan nilai
  • penghibur
akan tetapi dalam konteks komunikasi Islam, peranan media haruslah selari dengan peranan agama Islam itu sendiri dan ia tertumpu kepada 5 aspek penting which is :
  1. menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai
  2. memprtahankan isu- isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  3. menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
  4. melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untukk menangkis serangan media Barat serta meleahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasran dan perspektif Islam.
  5. menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.


okay nowadays mengikut data yang ada, dalam M'sia ni terdapat 46 jenis akhbar harian dan mingguan, 176 jenis majalah dalam berbagai bentuk, 18 stesen radio milik kerajaan and banyak lagi saluran tv milik kerajaan and swasta termasuk penggunaan parabola telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan dari sebahagian msyrkt. Generally, semua aliran media tu lebih bersifat komersial and kalau ada pon sikit je la yang diorang guna untuk berdakwah. Kalau dalam tv tu semua channel nak ada realiti tv show cari bakat ni cari bakat tu, baru2 ni je lah ada yang program Imam Muda and kalau in magazine pulak ada lah dalam 2 or 3 page, yang lain? gossip lah muzik lah novel cinta lah and banyak lagi. Hal macam ni maybe berlaku sebab orang Islam kat M'sia ni kurang memberi perhatian unuk menaja program agama atau menyumbang idea yang best dlm memberi program yang sesuai dengan selera umat Islam semasa.

Sepatutnya pada zaman IT or cyber ni lah orang Islam kena menerbitkan siaran agama, bagi pendedahan teknik pemuliharaan skrip pada ahli- ahli ilmu agama, bagi kursus2 agama kepada pengawal2 media, ambil ramai graduate students yang berkelulusan agama berkerja dlm organization media massa, melantik ramai lagi ilmuan Islam menjadi penerbit, ketua penyunting, ketua pengarang dan ketua bahagian dlm organisasi media supaya kita boleh berdakwah menerusi media2 yang telah disediakan.

Contoh yang paling senang hompej Islam yang sekarang ni dah dijadikan sebagai salah satu sistem maklumat Islam di M'sia kerana sistem ni banyak bagi manfaat kepada para muslimin dan muslimat. Antaranya :
  • dapat mengatasi salah faham msyrkt bukan Islam terhadap msyrkt Islam
  • boleh menjadi alat dan saluran bagi menyelesaikan berbagai masalah yang sering menimbulkan salah faham mengenai Islam dalam berbagai media.
  • memupuk dan menanam semngat keislaman sejati kepada dunia pemikiran umat Islam dan memupuk epistemologi tulen dikalangan umat Islam.
  • dapat memberi model msyrkt Islam di M'sia yang memberi layanan kpd msyrkt bukan Islam minoriti secara fair and square.
  • meningkatkan bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi di kalangan msyrkt Islam
  • mengembangkan pembangunan perdagangan dan ekonomi umat Islam tanpa percanggahan dengan prinsip Islam.


So to conclude umat Islam hendaklah segera grab peluang yang ada dlm era teknologi maklumat ni termasuklah internet untuk mengembangkan dan memperkenalkan Islam dengan lebih baik serta memperbaiki pemahaman terhadap teknologi maklumat dan media massa.