Monday, March 21, 2011

Apa effect bila dah salah guna media?


Terdapat banyak kesan akibat daripada penyalahgunaan media terhadap masyarakat hari ini dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang utama iaitu televisyen, internet dan juga radio. 

Televisyen. 
- Televisyen merupakan media elektronik yang paling terkenal di dunia. Semua orang akan menonton televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, bukan sahaja anak-anak kecil tetapi juga yang sudah tua. Apa yang ingin disampaikan disini ialah pengisi di televisyen tersebut hendak lah mengikut apa yang telah di hadkan. Sebagai contoh setiap cerita yang hendak disiarkan di televisyen hendak lah ditapis dahulu babak-babak yang tidak dikehendaki atau pun yang tidak bersesuaian dengan umur. Hal ini dapat membuatkan masyarakat lebih merasa bebas dan akan mudah terpengaruh dengan sifat negatif seperti itu dan mengamalkannya di dunia luar. Hal ini juga boleh membuatkan gejala sosial di luar dan jenayah semakin meningkat. 

Internet. 
- Internet pula merupakan penggunaan teknologi yang paling terkenal pada abad ini kerana segala maklumat yang kita mahukan boleh didapati di internet. Internet juga adalah penyampai maklumat yang paling pantas. Contohnya seperti cerita-cerita sensasi, isu-isu panas pada masa kini boleh didapati dengan begitu cepat sekali malah apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini boleh didapati di dalam internet. Begitu mudah dan cepat tetapi yang menyedihkan adalah pihak-pihak yang menyalahgunakan kerperluan internet yang serba mudah dan cepat ini dengan nafsu dan hasad dengki. Ramai remaja sekarang menyalahgunakan internet dengan melayari laman web lucah untuk memuaskan nafsu mereka. Ada juga yang berjudi melalui internet. Walaupun mempunyai banyak kelebihan dan manfaat melalui internet ini, tidak kurang juga hebatnya dari aspek yang negatif. 

Radio. 
- Radio merupakan penyampai antara media dan masyarakat. Segala cerita yang berlaku akan disampaikan oleh penyampai radio pada hari tersebut tetapi hendak lah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Segala maklumat yang perlu disampaikan hendak lah difahami oleh semua lapisan umur. Sikap yang ditonjolkan oleh penyampai radio juga harus dititik beratkan. 

Sebagai orang yang cekap dan mahir dalam penggunaan media ini, kita patut sedar bahawa media merupakan dakwah yang amat penting dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Apabila mendapati maklumat yang disampaikan itu tidak benar, maka masyarakat pun menerima maklumat yang tidak benar. Segala kebenaran yang di sampaikan oleh pihak media hendak lah diberikan penekanan kerana masyarakat pada hari ini sangat bergantung kepada media. Mereka akan mencari media untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dunia hari ini

0 comments:

Post a Comment