Wednesday, January 12, 2011

Pengertian & Matlamat Komunikasi Islam

Assalamuaikum.Hehe.Hari ni za nak explain dekat korang apa itu maksud dan matlamat komunikasi dalam islam? Kenapa za pilih topik ni? Sebabnya ustaz kelas za sendiri kasi topik ni kat kitorang. So kitorang kena lah ikut. Okay mula- mula za akan bagi tau apa itu komunikasi? dari segi maksud atau ertinya dan apa matlamat- matlamatnya.

Komunikasi ni ada macam- macam maksud daripada ramai orang, tapi semuanya lebih kurang sama je. Perkataan 'komunikasi' ni sebenarnya berasal dari perkataan Yunani iaitu 'communicare', yang bererti menjadikan sesuau milik bersama.Contohnya macam maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan yang boleh dikongsi antara satu sama lain.

In English mesti lah kita tau komunikasi tu 'communication' kan sebab bunyik dia pon lebih kurang sama je dengan dalam Bahasa, tapi dlm bahasa arab  ( Al-Quran ), ia disebut dengan istilah 'ittisal' bermaksud sampaikan atau 'wasola' iaitu sebutan asal kepada ittisal. Di dalam Al- Quran juga terkandung bahawa komunikasi merupakan salah satu perkara fitrah manusia dan hadis- hadis Rasulullah turut menggambarkan maksud komunikasi atau menerangkan aktiviti komunikasi antara satu sama lain. 

Berikut merupakan salah satu ayat Al- Quran mengenai komunikasi ;

  • " Sampaikanlah olehmu secara terang- terangan segala apa yang diperintahkan ( kepadamu ) dan   berpaling dari orang- orang yang musyrik ".
(   Al - Faj : 94 )
Sabda Rasulullah S.A.W :
  • " Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat hendaklah berkata yang baik atau lebih baik diam. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya ".
( Bukhari, Muslim )

Selain daripada mempunyai banyak maksud, komunikasi jugak terdiri daripada macam- macam matlamat. Bagi dalam Islam, matlamat komunikasi ada 9. Banyakkan ?? Haaa. Mari lihat apa dia matlamat- matlamat tersebut.

  1. Memberitahu 
  2. Menerangkan 
  3. Memberi kefahaman
  4. Memberi ilmu
  5. Memberi petunjuk
  6. Menyeru kepada kebajikan
  7. Mengurus pemerintahan dan pentadbiran ( Memerintah dan Mentadbir ).
  8. Memberi hikmah
  9. Menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan
So, konklusinya...komunikasi dalam Islam ni bersifat menyeluruh dan melibatkan berbagai aktiviti dalam kehidupan kita. Semua metode yang digunakan dalam komunikasi Islam  adalah berlandaskan kepada panduan dan ajaran yang telah ditetapkan oleh Al- Quran, As- Sunnah Rasulullah S.A.W dan ijtihad para ulamak.


0 comments:

Post a Comment