Sunday, January 9, 2011

nilai Islam di mata umatnya.

assalamualaikum. hye semua. hari ni za nak bincang pasal isu murtad.because tadi ada terbaca pasal isu murtad and lupa agama ni. Erm .. walaupun za ni bukan lah tinggi mana ilmu pasal benda- benda ni tapi za teringin nak mempersuarakan hak za sebagai seorang saudara semuslim.za tengok lately banyak orang yang beragama islam dah murtad. ada jugak yang nama je islam tapi perangai dan cara diorang berfikir mengalahkan bangsa- bangsa lain. macam- macam lah kes sekarang ni kita boleh tengok . 


ini adalah beberapa contoh kes murtad di Malaysia kita ni. kes ini adalah kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama. Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. 

Teruk sangat bila kita kaji balik kes- kes ni. Za rasa sedih bila tengok ramai remaja lain yang sebaya dengan za sekarang ni dah hilang arah, macam orang yang tiada agama. nak kata parents diorang tak ajar, tak boleh jugak sebab benda-benda ni za rasa main punca dia is budaya barat. lagi satu apa yang buat za tak faham adalah kenapa orang yang memang dah dilahirkan dalam islam sibuk sangat nak masuk agama lain sedangkan agama kita adalah agama yang paling mulia, sempurna dan senang. 

apa yang bagusnya kalau masuk agama lain?? kenapa kita nak memperagungkan agama dan budaya orang lain?? susah sangat ke nak ikut apa yang ALLAH suruh dan  jauhkan apa yang ALLAH larang?? ada sebabnya kenapa ALLAH tu tak kasi kita buat sesuatu benda macam contoh kenapa DIA tak kasi kita minum arak? sebabnanti kita boleh mabuk dan kita akan lupa diri, bila kita dah lupa diri atau senang kata khayal, orang lain akan take advantage kat kita, Lagi- lagi yang perempuan. Haa.. nnt lepas tu adalah yang sedar-sedar dah hilang dara lah, sampai negara lain lah, macam- macam.

and bukannya islam larang kita untuk bergembira atau apa- apa, cuma adalah batasnya. bagi za kita kena sedar siapa kita and always ingat asal kita. kalau tak ada ALLAH kita ni takkan hidup and kalau tak ada agama Islam bukan setakat orang yang kat palestin tu je perang, satu dunia ni akan huru-hara.haaaa... cuba bayangkan. Bak kata mama, dunia ni sementara je yang kekal dekat akhirat nanti.INSAF LAH WAHAI SAUDARA- SAUDARI KU.